Assalamualaikum .
Sekarang aku dekat kampus . Dah dua hari aku habiskan masa dekat kampus . Tak pernah aku duduk kampus lama macam ni . Selalunya habis kelas aku terus cabut balik . Demi bengkel aku korbankan segalanya . Korbankan masa makan , masa berenjoy , dan yang paling penting aku terpaksa meminimakan masa tidur aku demi bengkel . Oh tidak dilupakan juga masa untuk cari bakal suami pun terpaksa dikorbankan . Nampak kan pentingnya bengkel dalam hidup aku sekarang . How sweet i am . Sekarang aku tidur lepas subuh bangun pun matahari dah tegak kat kepala . Ini sangat tak cool okay . Diulangi sangat tak cool . HAHA . Kalau mak mertua aku tahu sumpah kena reject terus tak payah tapis tapis terus reject . Mak mertua mana nak menantu dia bangun lambat ye dak ? Ghahahaha . Padahal aku ni calon pun belum ada weiii . Perasan ada mak mertua tu yang payah .
Aku saja saja update blog sebab aku mengantuk sebab aku tak dapat buat coding sebab aku sejuk . Oh ya , buat pengetahuan kalian dah beberapa hari ni Melaka gila sejuk . Ala ala Cameron pun ada . Lagi satu walaupun macam budak nerd hari hari duduk kampus sampai cecah 4 pagi aku rasa seronok sebab wifi dia lajuuuu gila bak hang . Aku rasa bangga sebab boleh tahan duduk kampus lama lama . Alang aku bawak aku punya katil je kang duduk dekat kampus ni . Hahahaha . Hiperbola betul ==' .
Akhirnya aku cuma nak cerita aku duduk kampus lama je sebenarnya , Takdak benda lain nak cerita . hahaha . Lepastu aku nak cerita betapa strugglenya aku buat bengkel aku . Betapa pentingnya bengkel aku untuk sem ni . Elak aku pengsan sebelum present je kang . Mohon dijauhkan . Tak pernah lagi seumur hidup aku pengsan dikhalayak ramai . Malukan diri sendiri . Mohon sv dengan penilai aku tak mintak macam macam . Lepastu bagi markah lebih dekat aku . Yang ni aku mohon sangat sangat .
p/s : entri tidak bergambar kerana tiada gambar yang berkaitan dengan entri . Harap maklum terima kasih .