Assalamualaikum .
Hari ni aku guna aku .
Mungkin apa yang aku nak tulis melibatkan banyak pihak . Aku mohon maaf untuk kesekian kalinya . Entah kali keberapa aku berkata sedemikian . Ini semua melibatkan perasaan . Ahh setiap kali aku mahu bicarakan perkara ada saja yang menghalang . Aku tak tahu apa faktornya , dan buat masa sekarang aku taknak tahu faktornya .
Berbalik kepada tujuan asal , banyak benda yang aku mahu kongsikan tapi tak tahu nak mula dari mana . Tapi apa yang penting kalian maafkan lah aku . Kadang kadang perasaan macam ney aku tak boleh nak kawal dan kadang kadang tak tahu macam mana nak kawal . Dan sebab tu lah terjadinya perkara macam sekarang . Kepada mereka juga aku faham apa itu makna keseorangan . Aku alaminya sekrang . Walaupun ada ramai orang sekeliling tapi rasa sendiri tu tetap tebal . Ahh aku paling tak gemar perasaan begini . perasaan macam ni menyebabkan otak dengan hati serta perbuatan tidak bertindak seiring . Sukar nak ditafsir apa yang aku rasakan sekarang .
Aku selalu menganggap orang sekeliling datang dan pergi . Tak perlu mengharap yang lebih tapi yang pasti kenangan yang ada akan tetap utuh dalam ingatan . Takkan aku lupakan walaupun sedikit pun . Apa yang kalian lakukan tetap aku hargainya . Aku juga berterima kasih untuk pertolongan , pemberian dan persahabatan ini . Aku tak mampu nak luahkan kepada kalian . Ini adalah perkara yang paling aku sukar untuk lakukan . Perkara paling aku benci pada diri aku . Aku juga harap perasan sakit ni , rasa ditinggalkan , rasa disisihkan tiada pada kalian . Sakitnya tuhan saja yang tahu .
Tak pernah aku tulis sepanjang ini . Buat mereka yang aku sayangi aku mohon maaf untuk keberapa kalinya . Aku tak tahu apa salah aku tapi kalau kalian mahu kongsikan dengan aku , aku sedia mendengar . Untuk terakhir kalinya . Aku sayang kalian semua .
betol d, kawan tetap kawan, yg dtg senang pergi n sure punye pergi.. kdg dtg balik n kdg2 x balik2.. ain kata, sahabat tu juz family dgn ibadah kte je.. kdg2 kte sendri x prasan yg kte ni disisihkan atau yg menyisihkan atau pon kte yg ditinggalkan atau yg meninggalkan.. nobody perfect.. thnx u d, papepon syg ko.. huhu.. aku hope sgt2.. kte kwn smpai ble2..hihi.
ReplyDeleteKadang kadang aku rasa aku gagal jadi seorang kawan ba . Entahlah banyak benda yang aku kena fikir lepastu aku tak tahu aku tersakitkan hati kawan kawan aku sampai aku rasa macam ni . Aku pun sayang semua kawan kawan aku . Semua kawan aku takde yang aku sayang lebih yang sayang kurang . Btw ,thanks a lot tau alba sebab selalu ada dengan aku . love ya <3
ReplyDelete